suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Media Barat Dakwa Isis Sembelih Wartawan AS

Gambar James Foley sebelum dijatuhi hukuman gantung. (Gambar ihsan: YouTube).

KUMPULAN Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) dilaporkan telah menjalankan hukuman bunuh terhadap seorang wartawan sambilan dari Amerika Syarikat (AS) selepas dia dilaporkan hilang sejak November 2012 di Syria.

Video ngeri itu yang menjadi tajuk utama media barat telah memuat naik di YouTube yang memaparkan aksi James Wright Foley disembelih. 

Sebelum hukuman tersebut dilaksanakan, wartawan tersebut dipaksa membaca sekeping nota yang berbunyi, rakyat Amerika diminta bangkit menentang 'pembunuh sebenar' iaitu kerajaan Amerika. 

James Foley ketika dia bertugas di Syria. 

Rakaman video bertajuk 'A Massage to #America (from the #IslamicState)' dan telah dimuatnaik pada awal pagi Rabu. 

Bagaimanapun video berkenaan telah dikeluarkan. 

Foley, yang ditempatkan untuk membuat laporan di Asia Barat sejak lima tahun lalu, telah diculik oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali. 

Akaun Twitter yang diwujudkan oleh ahli keluarga mangsa turut memberikan respon kepada video berkenaan sambil berkata: "Kami tahu ramai yang inginkan kepastian atau jawapan. 

"Tolong sabar, sehingga kami mendapat maklumat, dan tolong doakan Foley berada dalam keadaan selamat".

wartawan, Amerika Syarikat, ISIS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain