suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Kematian Akibat Virus Ebola Terus Meningkat

Pegawai Kesihatan Nigeria bersiap sedia untuk melakukan imbasan kepada penumpang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed, Lagos, Nigeria. - Foto AP.
DAKAR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan angka kematian bagi serangan terburuk virus Ebola kini mencecah 887 orang.

Ia meningkat 158 orang berbanding angka yang dikeluarkan WHO pada 31 Julai lalu. 

WHO, dalam satu kenyataan pada Selasa, menyatakan ketika ini lebih 1,600 kes jangkitan virus Ebola dilaporkan sejak ia dikenal pasti merebak di Guinea, awal tahun ini. 

Semalam, Nigeria mengumumkan ia kini mempunyai kes kedua Ebola.

Pesakit adalah seorang doktor yang merawat seorang lelaki yang maut bulan lalu.

Menurut WHO, ketika ini sejumlah 358 kematian akibat Ebola dilaporkan di Guinea, Liberia (255), Sierra Leone (273) dan Nigeria (1). 

virus Ebola, WHO

Artikel Berikut

Artikel Lain