suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar Britain Periksa Kotak Hitam kedua MH17

LONDON: Kumpulan penyiasat Britain memulakan pemeriksaan terhadap kotak hitam kedua milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukrain, kata Kementerian Pengangkutan pada Khamis.

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) United Kingdom di Farnborogh, barat daya London sedang membuat pemeriksaan terhadap perakam data penerbangan yang merekodkan maklumat daripada instrumen-instrumen di dalam pesawat itu.

Pakar-pakar AAIB pada Rabu memuat turutn "data yang sahih" daripada kotak hitam pertama, yang merupakan perakam suara kokpit, yang merakamkan perbualan juruterbang selama beberapa jam.

"Mereka mula memeriksa Perakam Data Penerbangan," kata jurucakap Jabatan Pengangkutan kepada AFP pada Khamis.

"Analisis mana-mana data akan dilakukan oleh pasukan antarabangsa yang diketuai Belanda," katanya. - AFP

kotak hitam, AAIB, MAS, MH17

Artikel Lain