suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Mansuhkan Yuran Visa Bagi Pelancong China, Taiwan

BANGKOK: Thailand memansuhkan yuran visa bagi pelancong China dan Taiwan selama tiga bulan sebagai langkah merangsang industri pelancongannya yang terjejas teruk akibat ketidakstabilan politik di negara ini pada separuh pertama tahun ini.

Junta tentera yang ketika ini mentadbir Thailand meluluskan pemansuhan itu dari 1 Ogos hingga 31 Oktober tempoh sebelum musim kemuncak, untuk merangsang industri pelancongan.

Piyaman Tejapaibul, Presiden Majlis Pelancongan Thailand berkata junta meluluskan langkah itu sebagai penghargaan kepada pelancong dari China dan Taiwan, yang sentiasa menyokong dan melawat negara itu, walau apa pun yang berlaku di negara tersebut. 

Beliau berkata jumlah ketibaan pelancong dari China turun 20 peratus, dan yakin dasar baharu itu akan meningkatkan bilangannya. 

Sebanyak 4.5 juta pelancong China dan 600,000 pelancong dari Taiwan pada tahun lepas, katanya pada sidang media di sini semalam selepas mesyuarat jawatankuasa bersama sektor awam-swasta bagi menyelesaikan masalah ekonomi. 

Piyaman mengunjurkan jumlah ketibaan pelancong pada tahun ini sebanyak 26.8 juta, sama seperti tahun lepas, walaupun pergolakan politik yang berpanjangan. 

yuran visa, China, Taiwan

Artikel Lain