suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Tersepit Dalam Mesin Basuh

Peng dikatakan teruja ketika pasukan bomba datang menyelamatkannya.
ANHUI: Selepas hampir 30 minit mencuba tetapi gagal, akhirnya ibu kanak-kanak berusia tiga tahun yang tersepit dalam mesin basuh terpaksa meminta bantuan untuk mengeluarkan anaknya.


Wanita berkenaan, Qian Tien, 27, terus menghubungi pasukan bomba selepas mendapati anaknya, Peng tersepit dalam mesin basuh di rumah mereka di bandar Suzhou, wilayah Anhui, China.

Kanak-kanak itu dikatakan memanjat dan masuk ke dalam mesin basuh itu tanpa disedari ibunya.

"Kanak-kanak itu tidak berasa takut, sebaliknya sangat teruja apabila melihat ramai anggota bomba datang menyelamatkannya," kata salah seorang anggota bomba, Yong Wu.



Selepas memotong mesin basuh itu menggunakan alat pemotong hidraulik, pasukan bomba berjaya mengeluarkan kanak-kanak lelaki itu.

"Dia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya anggota pasukan penyelamat itu.

Anhui, Peng, mesin basuh

Artikel Lain