suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LEBIH 50 pemberontak dan enam anggota tentera kerajaan maut selepas berlaku pertempuran ketika kumpulan militan menyerang balai polis di Bandar Damboa, Borno, timur Nigeria.

Dalam pertempuran pada Sabtu, seramai 53 ahli kumpulan militan disahkan maut.

Ketika serangan dilakukan, anggota polis dan tentera sedang melakukan rondaan di kampung-kampung.

Pada masa sama kumpulan militan telah membuat serangan besar-besaran terhadap balai polis dan kuaters, kata jurucakap pertahanan General Chris Olukolade.

Jelasnya, lima anggota tentera dan seorang pegawai polis telah terbunuh dalam kejadian itu.

"Kesan daripada pertempuran itu menyebabkan hampir separuh bandar ini terbakar manakala ramai lagi anggota tentera mengalami kecederaan," ujarnya

Nigeria

Artikel Lain