suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shakira La La La Di Penutup Piala Dunia

Shakira
RIO DE JANEIRO: Penyanyi terkenal, Shakira akan menyanyikan lagu yang popular masa kini, La La La (Brasil 2014) pada persembahan penutupan pada perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Stadium Maracana, Brazil.


Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memaklumkan, penampilan kali ke tiga penyanyi dari Colombia itu akan berlangsung sebelum perlawanan itu bermula pada 13 Julai ini.

Shakira akan menyampaikan lagu itu bersama seorang penyanyi Brazil, Carlinhos Brown.

"Saya mempunyai hubungan rumit dengan bola sepak atas sebab yang jelas dan saya memahami erti Piala Dunia dalam kebanyakan orang, termasuk diri saya," kata Shakira dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pemain gitar terkemuka, Carlos Santana, pemuzik hip-hop, Wyclef Jean dan penyanyi Brazil, Alexandre Pires akan menyanyikan lagu rasmi Piala Dunia 2014 berjudul Dar Um Jeito.



Shakira, Piala Dunia, Brazil

Artikel Sebelum

Suarez Sumber Niaga Di Beijing

Artikel Berikut

Artikel Lain