suria

Thailand: Perintah Berkurung Empat Destinasi Pelancongan DiTarik Balik

Krabi antara tempat pelancongan yang ditarik balik perintah berkurung.

BANGKOK: Junta tentera Thailand menarik balik perintah berkurung terhadap empat kawasan dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong.

Dalam pengumuman lewat petang Jumaat, Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NCPO) berkata penamatan perintah berkurung itu berkuat kuasa serta-mertadi Krabi, Phung Nha, daerah Cha-am (wilayah Petchaburi) dan daerah Hua Hin (wilayah Prachuabkirikhan).

Semua kawasan ini terletak di selatan Thai dan merupakan kawasan pelancongan dengan pulau-pulau yang indah.

Minggu lepas, NCPO menarik balik perintah berkurung di Pattaya dan Koh Samuiserta Phuket.

Pelancongan merupakan penyumbang utama ekonomi Thailand namun konflikpolitik disusuli rampasan kuasa oleh tentera menyebabkan penurunan ketara ketibaan pelancong dengan kebanyakan hotel serta resort sukar memenuhkan bilik penginapan masing-masing.

Jutaan rakyat yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sektor itu terjejas.

Tahun ini Thailand menyasarkan ketibaan 28 juta pelawat pada peringkat awal namun angka itu diturunkan kepada 26.3 juta oleh Lembaga Pelancongannya.

Dalam pada itu perintah berkurung masih dikuat kuasa di beberapa kawasan termasuk Bangkok, bermula tengah malam hingga 4 pagi.

Artikel Lain