suria

MERS: 113 Kes Tidak Direkodkan

Langkah pencegahan untuk mengelak dijangkiti MERS terus dipergiatkan di Arab Saudi.
RIYADH: Semakan semula ke atas data kesihatan yang dilakukan pihak berkuasa Arab Saudi mendapati 113 kes Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) tidak direkodkan.

Ini menjadikan jumlah sebenar kes virus itu sebanyak 688.

Ketua Lembaga Penasihat Saintifik Kementerian Kesihatan, Tariq Madani berkata, bagaimanapun terdapat penurunan pada jumlah kes baharu yang dilaporkan.

"Langkah baharu diambil bagi memastikan pengumpulan data, laporan dan ketelusan diteliti, termasuk penyeragaman ujian dan garis panduan yang lebih baik dalam melabel dan menyimpan sampel," katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, kematian sebenar akibat itu ialah 282.

Jumlah berkenaan diperoleh hasil semakan semula yang dilakukan bulan lalu, merangkumi data yang dikumpul sejak MERS mula dikesan pada 2012.

Daripada jumlah itu, 53 pesakit masih menerima rawatan, manakala 353 disahkan pulih.

MERS, Arab Saudi, Tariq Madani

Artikel Lain