suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tokoh PR Britain Hadapi Hukuman Penjara Atas Tuduhan Serangan Seksual

Gambar fail menunjukkan Max Clifford ketika meninggalkan mahkamah Southwark di London pada Isnin lalu. Foto AFP

LONDON: Seorang tokoh perhubungan awam di Britain, Max Clifford berhadapan dengan hukuman penjara apabila beliau pada Jumaat disabitkan bersalah atas lapan tuduhan kerana melakukan serangan seksual ke atas wanita muda.

Hakim di mahkamah Southwark di London pada Isnin mendapati Clifford yang berusia 71 tahun itu bersalah atas lapan tuduhan kerana membuat serangan seksual terhadap empat wanita semuda 15 tahun dan kini berhadapan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Beliau dibebaskan dengan dua pertuduhan lain, manakala juri tidak dapat mencapai keputusan terhadap satu lagi tuduhan menerusi perbicaraan selama lapan minggu.

Beliau merupakan tokoh berprofail tinggi yang pertama disabitkan kesalahan di bawah Operasi Yewtree , siasatan Scotland Yard ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan kesalahan seks berikutan skandal Jimmy Savile.

Kesemua mangsa Clifford tampi berikutan pendedahan Savile pada 2012, yang mendakwa beliau sejak 1977 sehingga 1984.

Antara mangsa beliau adalah seornag penari yang diserang di sebuah tandas, manakala seorang peragawati mendakwa Clifford merabanya ketika di dalam perjalanan ke pejabat untuk mendapatkan nasihat kerjaya pada 1983, dan beliau memujuknya kononnya dia boleh mendapat watak dalam filem James Bond. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain