suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang, Penumpang Maut Pesawat Terhempas Di Indonesia

Pesawat jenis Kodiak terhempas di Wilayah Papua.
JAYAPURA: Sebuah pesawat ringan terhempas menyebabkan juruterbang warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang penumpang terbunuh dalam kejadian di timur Indonesia pada Rabu.

Polis berkata, pesawat jenis Kodiak buatan AS yang membawa enam penumpang itu disewa khas untuk misi kemanusiaan penghantaran barangan ke kawasan terpencil di Wilayah Papua itu. 

“Juruterbang AS dan seorang penumpang maut dengan sebahagian pesawat terbakar," kata jurucakap polis Papua, Sulistyo Pudjo. 

Lima penumpang dilaporkan cedera dengan dua daripadanya parah.
Kodiak, AS, terhempas, Papua

Artikel Sebelum

Artikel Lain