suria

Kim Jong-Un Dipilih Semula Ketuai Korea Utara

Kim Jong-Un.
SEOUL: Kim Jong-Un dipilih semua sebagai pemimpin Korea Utara selepas Parlimen bersidang pada Rabu.

Parlimen baharu itu juga memilih semula anggota Suruhanjaya Pertahanan Negara (NDC), Choi Ryong-Hae sebagai salah seorang daripada tiga naib presiden kerajaan yang terdiri daripada pemimpin teratas tentera paling berkuasa itu. 

Kim Yong-Nam pula kekal sebagai ketua negara sementara selepas beliau dipilih sebagai pengerusi Jawatankuasa Parlimen. 

Korea Utara tidak mempunyai Presiden kerana datuk kepada Jong-Un, Kim Il-Sung, yang meninggal dunia pada 1994, mengisytiharkan beliau sebagai 'presiden kekal'. 

Parlimen yang dikenali sebagai Perhimpunan Tertinggi Rakyat juga merombak Kabinet, pendakwa raya dan Mahkamah Tinggi, demikian menurut agensi berita rasmi Korea Utara (KCNA). 

Bekas duta ke Switzerland, Ri Su-Yong dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu menggantikan Pak Ui-Chun, manakala Perdana Menteri, Pak Pong-Ju kekal. 



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain