suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Presiden China Terkejut Penemuan Dua Objek Dikesan Satelit

Xi Jinping.
SYDNEY: Presiden China, Xi Jinping menyatakan rasa terkejut dengan penemuan dua objek yang dikesan satelit yang mungkin ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Jumaat selepas menghubungi Jinping mengenai penemuan terbaru itu.

Panggilan antara kedua-dua pemimpin itu dibuat pada petang Khamis.

"Seperti yang anda faham, dia terkejut besar kerana ramai rakyat China di dalam pesawat itu," kata Abbott.

Pada Khamis, Australia mengesan serpihan mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Seramai 153 penumpang dalam pesawat itu terdiri dari warga China.

Xi Jinping, China, Australia, Tony Abbot, MH370, MAS

Artikel Lain