suria

Polis Thai Lepas Gas Pemedih Mata, Peluru Getah & Air Ke Arah Penunjuk Perasaan

Sekumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan anggota keselamatan di Bangkok, Khamis.
Sekumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan anggota keselamatan di Bangkok, Khamis.
Sekumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan anggota keselamatan di Bangkok, Khamis.

BANGKOK: Polis pada Khamis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air ke arah ribuan penunjuk perasaan yang cuba mengganggu proses pendaftaran bagi pilihan raya umum Thailand 2 Februari tahun depan.

Ramai penunjuk perasaan yang berkumpul di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) cedera dalam pertempuran di pusat pendaftaran Stadium Thai-Jepun di Dindaeng.

Tiga anggota polis turut tercedera.

Setakat pukul 11.20 pagi, keadaan menjadi bertambah buruk dan pihak penguatkuasaan polis dihantar ke kawasan itu.

Para penunjuk perasaan datang ke stadium itu seawal pukul 7 pagi terutama dari kawasan perhimpunan utama mereka di Monumen Demokrasi di Avenue Ratchadumnoen Avenue.

Mereka datang ke stadium setiap hari sejak Isnin, datang di sebelah pagi dan bersurai di sebelah petang.

Proses pendaftaran yang bermula Isnin akan berakhir pada Jumaat.

Pada Khamis merupakan cabutan undi untuk menentukan kedudukan parti di atas kertas undi.

Cabutan jumlah senarai calon parti bermula 8.30 pagi dan parti pimpinan perdana menteri sementara Yingluck Shinawatra, Pheu Thai adalah nombor 15 di kertas undi.

Parti Chart Pattana, parti bekas kerajaan campuran berada di atas dan parti Phum Jai Thai Party (bekas parti pembangkang) di senarai keenam.

Sebanyak 30 parti menyertai cabutan untuk menentukan senarai calon parti.

Tiga parti menarik diri dan satu mengalami masalah dokumen.

Parti utama pembangkang parti Demokrat memboikot pilihan raya.

Satu lagi kumpulan penunjuk perasaan PDRC dikatakan berarak ke rumah Yingluck bagi memaksa beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri sementara.

Namun beliau tiada di rumah kerana sedang berada di Chiangmai, di bahagian utara Thailand yang merupakan kubu kuat partinya dan abangnya bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra. - BERNAMA

Artikel Lain