suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter Terhempas, Calon Presiden Honduras Terselamat

TEGUCIGALPA: Calon Presiden dari parti pemerintah Honduras, Juan Hernandez, terselamat tanpa mengalami kecederaan selepas helikopter yang dinaiki beliau terhempas pada Sabtu, kata jurucakap Parti Kebangsaan.

Hernandez dalam perjalanan bersama isterinya dan tiga orang anggota pasukan kempen untuk perhimpunan di bandar Juticalpa, 80 batu (130 km) dari timur ibu negara, Tegucigalpa, apabila helikopternya terhempas dari ketinggian yang rendah.

"Terima kasih kepada Tuhan kami semua OK," kata calon tersebut di Twitter.

"Helikopter itu mula mengalami masalah mekanikal. Mereka mendengar beberapa bunyi dan ia mula jatuh dan mengakibatkan bahagian ekornya pecah," kata jurucakap itu, sambil menambah tiada siapa yang cedera dalam kemalangan itu.

Pihak berkuasa tidak mengulas mengenai kemungkinan punca kemalangan itu.

Hernandez, 45, yang mengetuai Kongres Honduras menghadapi saingan sengit dengan calon berhaluan kiri Xiomara Castro, isteri kepada bekas Presiden Manuel Zelaya yang digulingkan. Pilihan raya adalah pada 24 November.

Hernandez meneruskan perjalanan dengan helikopter yang lain selepas kemalangan.

Artikel Sebelum

Tiga Maut Puting Beliung Badai AS

Artikel Berikut

Artikel Lain