suria

Warga Iraq Diekstradisi Dari Malaysia Hadapi Tuduhan Seludup Manusia

MELBOURNE: Seorang warga Iraq diekstradisi dari Malaysia untuk menghadapi pertuduhan penyeludupan manusia di negara ini, lapor Australian Associated Press.

Laporan itu menyebut dua pegawai polis persekutuan Australia ke Kuala Lumpur minggu lepas untuk melakukan ekstradisi lelaki yang didakwa mengatur tiga buah bot untuk mengambil 763 orang di Indonesia dan dibawa ke perairan Australia pada 2001.

Komander Operasi Kedaulatan Sempadan Australia Angus Campbell berkata lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah di Perth. Tiga bot terbabit didakwa menggunakan kod nama Flinders, Nullaware dan Conara.

Menurut rekod Jabatan Imigresen, Flinders ditahan oleh pasukan keselamatan pada 25 Mac bersama-sama 196 orang termasuk 61 kanak-kanak.

Nullaware pula dipintas pada 23 April dengan 198 orang termasuk 32 kanak-kanak, sementara Conara yang membawa 359 orang dengan 95 kanak-kanak dikenal pasti pada 22 Ogos. - BERNAMA

Artikel Lain