suria

Jumlah Kematian Akibat Rempuhan Atas Jambatan Sindh Meningkat Kepada 115 Orang

RATANGARH (India): Sehingga awal Isnin, pihak berkuasa di sini mengesahkan bahawa 115 orang penganut agama Hindu terkorban akibat kesesakan nafas kerana dipijak atau mati kelemasan setelah terjun ke dalam sungai dalam tragedi keagamaan paling buruk sejak tujuh tahun yang lalu.

Tragedi itu berlaku apabila para penganut agama Hindu yang sedang dalam perjalanan melakukan upacara keagamaan panik setelah sekumpulan anggota polis dikatakan mula mengawal kesesakan dengan membantai mereka menggunakan baton.

Mereka yang cuba mengelak daripada menjadi mangsa pembantaian telah merempuh jemaah yang lain lalu menyebabkan berlakunya rempuhan dan kekecohan.

Dalam situasi tidak terkawal itu ada ibu yang sedang merentasi jambatan panik lalu membuang anak mereka ke dalam sungai sebagai kaedah menyelamatkan diri.

Malangnya perbuatan itu telah bertukar menjadi satu tragedi lain pula apabila kanak-kanak yang dibuang ke dalam sungai mati kelemasan.

Jumlah angka kematian itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, D. K. Arya kepada agensi berita AFP.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan kekecohan itu berpunca daripada jerita yang mengatakan sebuah jambatan yang merentasi Sungai Sindh yang perlu dilalui oleh para jemaah akan roboh.

Ketika itu terdapat lebih 20,000 penganut yang sedang dalam proses melintasi jambatan berkenaan.

Artikel Sebelum

Lagi Kes H7N9 Disahkan Di China

Artikel Berikut

Artikel Lain