suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Maut Letupan Luar Sekolah di Selatan China

BEIJING: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala beberapa lagi cedera susulan letupan di luar sebuah sekolah di selatan China, pada Isnin.

Laporan awal letupan yang berlaku di bandar peranginan Guilin itu diklasifikasikan sebagai kemalangan, tetapi polis enggan mengesahkan kejadian itu.

Letupan itu melanda kira-kira jam 7.00 pagi tadi ketika kanak-kanak tiba di Sekolah Rendah Balijie di sini.

Imej dari tempat kejadian menunjukkan mangsa teruk terbakar manakala beberapa kenderaan seperti motosikal turut hangus.

Seorang pegawai polis di daerah Lingchuan, Guilin berkata polis kini sedang menyiasat punca kejadian.

Artikel Berikut

Artikel Lain