6 Maut Serangan Udara AS Di Pakistan - Dunia | mStar

6 Maut Serangan Udara AS Di Pakistan

MIRANSHAH: Dua roket dilepaskan oleh pesawat Amerika Syarikat dalam serangan di barat laut Pakistan, awal pagi Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya enam pejuang.

Serangan berlaku di Dargah Mandi, kira-kira 10 kilometer dari Miranshah, bandar utama di kawasan terpencil di Waziristan Barat, berhampiran sempadan Afghanistan.

“Ia satu serangan udara tentera AS. Enam pejuang terbunuh dan jumlah kematian mungkin meningkat lagi," kata seorang pegawai keselamatan.

Seorang lagi pegawai keselamatan di Peshawar, mengesahkan mengenai serangan roket dan jumlah kematian itu.

Kawasan serangan berkenaan adalah kubu kuat pejuang rangkaian Al-Qaeda. - AFP

Artikel Sebelum

PM Australia Akui Kalah Pilihan Raya

Artikel Berkaitan

Artikel Lain