suria

36 Terkorban Dalam Nahas Bas Persiaran Di Itali

AVELLINO (Itali): Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh selepas sebuah bas persiaran yang terjunam dari sebuah jejambat di lebuh raya di selatan Itali, kata pasukan penyelamat, Isnin.

11 orang yang lain cedera, tambah mereka, dalam salah satu daripada kemalangan paling teruk di Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pekerja penyelamat berkata, mereka telah membawa keluar 33 mayat dari rangka kemalangan selepas kemalangan pada petang Ahad berhampiran bandar Avellino di rantau Campania.

Mereka menemui mayat tiga orang lagi di bahagian bawah bas.

Mereka telah tercampak dari kenderaan itu ketika ia jatuh terjunam 30 meter (100 kaki) ke bawah cerun.

Jurugambar di tempat kejadian menceritakan bagaimana petugas keselamatan bergegas untuk mencari mangsa yang terselamat, sambil mangsa diletakkan pada hamparan kain putih di sepanjang jalan.

"Melihat tempat tragedi dari atas jambatan itu, kira-kira 30 mayat ditutup dengan kain putih, di sepanjang jalan," kata Cesare Abbate agensi berita ANSA Itali, sebelum angka kematian disahkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain