suria

30 Maut Bas Terhumban Dari Jejambat Di Itali

Bumbung bas rosak teruk dalam kemalangan itu.
Bumbung bas rosak teruk dalam kemalangan itu.
Bumbung bas rosak teruk dalam kemalangan itu.

AVELLINO: Angka korban bas yang terbabas lalu terhumban dari jejambat setinggi 30 meter di selatan Itali pada Isnin meningkat kepada 36 orang.

Seramai 11 orang lagi dilaporkan cedera.

Jurucakap pasukan penyelamat berkata, lebih 33 mayat berjaya dikeluarkan dari bangkai bas tersebut.

Mereka turut menjumpai tiga lagi mayat di bawah bas terbabit.

Difahamkan kesemua mangsa yang terbunuh tercampak keluar dari bas yang terhumban dari jejambat setinggi 30 meter.

Jurugambar di tempat kejadian, Cesare Abbate berkata pasukan penyelamat bertungkus lumus untuk mengesan mangsa terselamat.

"Kira-kira 30 mayat ditutup dengan kain putih dan diletakkan di sepanjang jalan," kata Abbate.

Susulan insiden itu lebuhraya Naples-Bari dilaporkan ditutup kepada lalu lintas.

Lebih 40 penumpang menaiki bas berkenaan yang dalam perjalanan pulang daripada menghadiri satu majlis keagamaan.

Saksi berkata, berdasarkan keadaan bas berkenaan nahas mungkin berpunca daripada masalah brek.

Beberapa saksi lain berkata, tidak jelas sama ada pemandu bas berkenaan mengantuk ketika sedang mamandu atau bas berkenaan mengalami masalah tayar. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain