suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Operasi Mencari Dan Menyelamat Lapan Anak Kapal Karam Diteruskan

SINGAPURA: Operasi mencari dan menyelamat lapan anak kapal baj dari Mongolian, Guo Liang 677 diteruskan pihak berkuasa Singapura.

Operasi yang diselaras Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) itu melibatkan Polis Pengawal Pantai (PCG), Angkatan Udara Singapura (RSAF), Angkatan Laut Singapura (RSN) dan kapal-kapal komersial.

MPA, dalam kenyataan berkata sehingga pukul 6 petang (waktu tempatan) ini, operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan dua helikopter Super Puma dan dua pesawat peronda Maritim Fokker-50 dari RSAF, empat kapal peronda dari RSN, tiga kapal peronda PCG, penyelam dan dua kapal dari Resolve Salvage & Fire (Asia), serta 64 kapal dagang yang melalui kawasan itu.

Baj itu karam pada Rabu di perairan Singapura kira-kira 7 batu nautika di utara rumah api Horsburgh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain