suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Nahas Kereta Api Di Sepanyol Meningkat 77 Orang

Kelihatan mayat bergelimpangan di atas landasan.
Kelihatan mayat bergelimpangan di atas landasan.
Kelihatan mayat bergelimpangan di atas landasan.

SANTIAGO DE COMPOSTELA: Angka kematian nahas kereta api tergelincir dari landasan dekat Santiago de Compostela pada lewat malam Rabu meningkat kepada 77 orang.

Kira-kira 143 orang lagi dilaporkan cedera.

Terdahulu, anggota penyelamat mengeluarkan 65 mayat dari bangkai kereta api itu.

Namun empat lagi mangsa yang berjaya dikeluarkan disahkan meninggal di hospital.

Empat daripada gerabak terbalik dan rosak teruk menyebabkan ia terbakar.

Puluhan mayat penumpang bergelimpangan dan terbaring di sepanjang landasan.

Nahas berlaku kira-kira pukul 8.42 malam waktu tempatan apabila kereta api yang membawa 218 penumpang dan empat kakitangan itu hampir tiba di Stesen Santiago de Compostela, di wilayah Galicia.

“Jumlah yang terkorban itu hanya satu anggaran tetapi setakat ini jumlah yang terkorban meningkat," kata seorang jurucakap wakil kerajaan wilayah Galicia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain