suria

Wanita Maut Terjatuh Dari Roller Coaster

ARLINGTON: Seorang wanita maut selepas terjatuh dari roller coaster yang dinaikinya di Taman Tema Six Flags Over Texas, dekat sini, pada Jumaat.

Pihak taman tema terbabit mengesahkan mengenai berita kematian itu namun enggan mendedahkan punca sebenar kejadian.

“Sejak insiden pada Jumaat, laluan roller coaster tersebut telah ditutup sementara menunggu siasatan lanjut,” kata pihak taman tema dalam satu kenyataan.

Menurut seorang saksi, Gabe Flores, ketika kejadian berlaku, beliau berada bersebelahan mangsa sementara menunggu giliran menaiki kereta tersebut.

"Saya dan teman wanita berada di pintu pagar ketika menunggu giliran untuk naik roller coaster itu.

"Dihadapan saya terdapat seorang lelaki dan seorang wanita.

"Lelaki itu berkata," biarlah saya keluar, saya keluar, ibu saya jatuh," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain