Tujuh Maut Van Mini Bertembung Treler Di Utara New York - Dunia | mStar

Tujuh Maut Van Mini Bertembung Treler Di Utara New York

TRUXTON (New York): Tujuh terbunuh dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah treler dan van mini di utara New York.

Jabatan Syerif, Kapten Mark Helms, berkata kemalangan berlaku di Route 13 kira-kira 40 kilometer di selatan Syracuse.

Helms berkata, tujuh daripada lapan penumpang van mini berkenaan maut manakala keadaan seorang lagi mangsa masih belum diketahui.

Beliau berkata, dua penumpang termasuk pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu