Lelaki Ditahan Dituduh Rogol Wanita Warga Scotland - Dunia | mStar

Lelaki Ditahan Dituduh Rogol Wanita Warga Scotland

BANGKOK: Polis Thailand berkata, mereka telah menahan seorang lelaki pada Rabu kerana dituduh merogol seorang wanita warga Scotland berusia 20 tahun yang berharap untuk bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di negara Asia Tenggara.

Suspek yang merupakan rakyat Thailand berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya di selatan bandar Nakhon Si Thammarat berdasarkan bukti daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa saksi, kata seorang pegawai.

“Dia (suspek) mendedahkan telah merogol wanita itu sebanyak dua kali,” kata komander polis bandar itu, Kolonel Sompong Thiparpakul yan memberitahu ketika dihubungi.

Tambahnya lagi: “Pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa wanita itu telah dirogol.”

Menurut Sompong, suspek masih ditahan reman di penjara dan jika disabitkan kesalahan, dia akan berhadapan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia dirogol oleh dua daripada empat lelaki yang menyerangnya selepas meninggalkan sebuah bar di Nakhon Si Thammarat pada Jumaat. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pesawat Pejuang Yaman Terhempas, 11 Terkorban

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu