suria

32 Warga Myanwar Diselamatkan Selepas Kapal Karam di Sri Lanka

COLOMBO: Seramai 32 warga Myanmar berjaya diselamatkan selepas kapal kayu yang dalam perjalanan ke Australia itu tenggelam, kata Tentera Laut Sri Lanka pada Selasa.

Katanya, misi menyelamat mangsa dilakukan kira-kira 250 batu nautika di luar pantai timur pulau berkenaan pada Sabtu lalu. Kesemua mangsa kini sedang dirawat di hospital berhampiran.

Kumpulan terdiri daripada 31 lelaki dewasa dan kanak-kanak itu berada di tengah-tengah laut tanpa sumber makanan selama 21 hari apabila tentera laut menyelamatkan mereka selepas diberitahu bot nelayan tempatan.

Mangsa berkata kepada akhbar tempatan bahawa terdapat 130 penumpang pada permulaan perjalanan namun 98 orang meninggal dunia dan mayatnya dicampak ke laut.

Kumpulan itu berkata, mereka merancang untuk pergi ke Australia selepas cubaan mereka untuk memasuki Malaysia gagal. - AP

Artikel Lain