suria

China Mulakan Perkhidmatan Kereta Api Peluru Terpanjang Di Dunia

Kereta api peluru ini bersedia untuk memberi khidmat bagi laluan kereta api berkelajuan tinggi yang terpanjang di dunia menghubungkan antara Beijing dan Guangzhou sejauh 2,298 kilometer. Foto AP

BEIJING: China memulakan perkhidmatan pada Rabu bagi laluan kereta api berkelajuan tinggi yang terpanjang di dunia, menjadikan kejayaan terbaru bagi negara yang pesat dan kadang-kala mempunyai masalah dalam rangkaian rel pantasnya.

Pembukaan baru sejauh 2,298 kilometer antara Beijing dan Guangzhou itu bermakna penumpang akan dibawa dengan pantas dari ibu negara ke hab komersial di bahagian selatan dalam masa kurang daripada satu pertiga daripada 22 jam yang diperlukan sebelum ini.

China Central Television menyiarkan secara langsung pelepasan pertama kereta api pertama dari Stesen Keretapi Barat Beijing.

Kereta api itu akan bergerak pada kelajuan purata 300 kilometer sejam di landasan, yang melalui 35 perhentian di bandar-bandar utama seperti Zhengzhou, Wuhan di Sungai Yangtze dan Changsha.

Media melaporkan bahawa Disember 26 dipilih untuk memulakan perkhidmatan penumpang bagi laluan Beijing-Guangzhou untuk memperingati kelahiran pemimpin Cina Mao Zedong yang dihormati pada tahun 1893.

Rangkaian kereta api berkelajuan tinggi China dimulakan pada tahun 2007, tetapi telah pantas menjadi terbesar di dunia dengan landasan sejauh 8,358 kilometer pada akhir 2010.

Dijangka pada 2020 menjadi hampir dua kali ganda kepada 16,000 kilometer. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain