suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

120,000 Pelarian Myanmar Dibenarkan Pulang

BANGKOK: Kira-kira 120,000 pelarian Myanmar di Thailand akan dibenarkan pulang ke negara asal mereka dalam tempoh setahun.

Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) dalam kenyataannya berkata, perbincangan antara Bangkok dan Yangoon baru-baru ini akan membolehkan beratus-ratus ribu rakyat Myanmar, kebanyakannya etnik minoriti Shan dan Karen, pulang ke kampung halaman masing-masing.

Kesemua rakyat Myanmar itu melarikan diri dari perang yang meletus semasa di bawah pemerintahan junta tentera dan berlindung di kem-kem yang ditempatkan di sempadan Thailand.

"Myanmar masih berusaha membersihkan periuk api yang ditanam di sepanjang sempadan dan membina kem perlindungan serta kemudahan baru dalam tempoh setahun," jelas kenyataan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain