suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

White House: Tiada Perselisihan Faham Dengan Israel Berhubung Isu Nuklear Iran

WASHINGTON: White House pada Selasa menafikan laporan berlaku perselisihan faham dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sebaliknya, White House memberitahu Netanyahu dan Presiden Barack Obama mengesahkan komitmen kedua-dua negara untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.

Obama dan Netanyahu berbual selama sejam pada malam Selasa.

Kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju meneruskan rundingan untuk menyekat misi Iran.

White House menafikan laporan media bahawa Obama menolak permintaan Netanyahu untuk bertemu beliau di Washington pada minggu depan.

Tiada permintaan dibuat atau ditolak, kata jurucakap White House Tommy Vietor.

Netanyahu menggesa AS untuk menetapkan garis merah untuk Tehran.

Bagaimanapun bahagian pengurusan Obama dikatakan tidak bersetuju mengenai perkara itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain