suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Pelombong Bijih Timah Maut, Tanah Runtuh Di Utara Vietnam

HANOI: Seramai 15 penduduk dipercayai melombong bijih timah secara haram di sebuah lombong di utara Vietnam maut dalam kejadian tanah runtuh pada Sabtu.

Pegawai polis berkata, kejadian itu berlaku di wilayah Yen Bai selang beberapa jam selepas hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

Ketika kejadian pelombong sedang mengumpul bijih timah dari lombong yang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta.

Pegawai itu berkata, sekurang-kurangnya empat yang lain masih hilang.

Tambahnya, kebanyakan mangsa adalah kumpulan minoriti daripada etnik Hmong yang merupakan masyarakat miskin di Vietnam.

Banjir dan tanah runtuh sering berlaku di Vietnam terutamanya ketika musim hujan.

Artikel Lain