suria

Enam Masih Hidup Apabila Kapal Pencari Suaka Hilang Di Indonesia

SYDNEY: Enam orang disahkan masih hidup selepas kapal pencari suaka hilang di Kepulauan Jawa, Indonesia semalam, bagaimanapun maklumat mengenai 144 penumpang yang lain masih tidak diketahui, kata pegawai penyelamat Australia pada Khamis.

"Kami menerima pengesahan bahawa enam mangsa berjaya diselamatkan oleh kapal saudagar," kata jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA). Bagaimanapun, tiada maklumat yang diterima mengenai mangsa lain setakat ini.

Individu yang menerima panggilan kecemasan itu berkata, terdapat 150 penumpang di atas kapal dan dipercayai kapal berkenaan mengalami masalah enjin.

Kapal pencari suaka itu membawa ribuan rakyat dari Afghanistan, Iran dan Sri Lanka, dan sedang dalam perjalanan dari Indonesia ke Australia. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain