suria

Kon Pokok Pine Ditemui Miliki Larutan Halang Atau Perlahankan Penyaki Alzheimer

LONDON: Larutan dari kon pokok pine telah didapati memiliki bahan yang boleh menghalang atau memperlahankan penyakit Alzheimer, demikian menurut laporan eksklusif akhbar The Sun, UK pada Khamis.

Ia adalah penemuan yang pertama seumpama itu, menurut laporan tersebut.

Ujian telah mendapati, satu tablet sehari yang diberikan kepada pesakit yang baru mula menunjukkan tanda-tanda awal penyakit ini telah berjaya memperlahankan sel-sel otak daripada terus rosak.

Ia juga didapati berjaya memperlahankan progres penyakit itu ke atas pesakit-pesakit yang telah lama mengidap Alzheimer.

Alzheimer adalah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan daya ingatan dan akhirnya membawa kepada ketidakmampuan untuk bertutur.

Ia ditemui oleh seorang saintis Jerman bernama Alois Alzheimer pada tahun 1906.

Sehingga kini, tidak ada saintis yang berjaya menemui penawar kepada penyakit ini yang secara umumnya dihidapi oleh mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Sehingga tahun 2006, adalah dianggarkan terdapat 26.6 juta pengidap penyakit ini di seluruh dunia.

Antara selebriti yang telah didiagnos sebagai pengidap penyakit ini termasuklah bekas presiden Amerika, Ronald Reagan, pelakon terkenal Charlton Heston dan Rita Hayworth.

Menurut akhbar The Sun, penemuan baru ini turut mendapati bukan sahaja larutan dari kon pokok pine mengandungi bahan yang dapat mengubati penyakit ini malah bahan yang sama turut ditemui pada kulit pokok pine.

Bahan yang terkandung dalam kulit pokok pine mengeluarkan proten “amyloid” iaitu proten yang mampu melindungi sel-sel otak daripada dirosakkan oleh penyakit ini.

Pasukan saintis di sebalik penemuan ini adalah terdiri daripada kakitangan firma ubat-ubatan Humanetics dengan kerjasama Mount Sinai School of Medicine New York.

Ketua Penyelidik Penyakit Alzheimer UK, Dr Simon Ridley menyifatkan penemuan terbaru ini sebagai sesuatu yang memberansangkan dan satu pencapaian yang besar dalam dunia sains.

Artikel Sebelum

Ribut Ernesto Ancam Barbados

Artikel Lain