suria

17 Terbunuh Dalam Keganasan Pengusiran Tanah Di Paraguay

ASUNCION: Sekurang-kurangnya lapan pegawai polis dan sembilan petani terbunuh dalam pertempuran bersenjata, Jumaat semasa pengusiran tanah di Paraguay, menjadi salah satu insiden terburuk negara ini dalam tempoh dua dekad.

Presiden, Presiden Fernando Lugo mengerahkan tentera untuk membantu polis tempatan.

Beliau menolak mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian itu bersama Tentera Rakyat Paraguay, sekumpulan kecil berhaluan kiri yang telah mengadakan siri serbuan di pondok polis luar bandar dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Para petani menembak para pegawai apabila mereka tiba untuk mengusir mereka dari ladang persendirian di daerah Canindeuyu, kira-kira 240 kilometer (150 batu) dari ibu negara, dan mereka membalas tembakan, kata pegawai.

"Sehingga kini, kita melihat kira-kira sembilan kematian di kalangan petani yang tinggal di tanah itu," Menteri Dalaman, Carlos Filizzola memberitahu pemberita sebelum menyerahkan peletakan jawatannya berhubung kejadian itu.

Laporan awal kematian tujuh pegawai polis kemudiannya dikemaskini menjadi lapan apabila mangsa yang cedera meninggal dunia di dalam helikopter dalam perjalanan ke hospital untuk rawatan.

Komander Polis Negara, Paulino Rojas juga meletakkan jawatan. Lugo menerima kedua-dua peletakan jawatan itu, Menteri Pelajaran Victor Rios memberitahu pemberita selepas mesyuarat tergempar kabinet.

Ketua tentera berkata 150 askar telah dihantar ke kawasan luar bandar berhampiran sempadan Brazil, yang didominasi ladang soya yang luas, ladang lembu dan ladang ganja haram.

Kira-kira 2,000 hektar (4,900 ekar) ladang di mana berlakunya keganasan dimiliki oleh seorang ahli perniagaan tempatan yang mengadu bahawa sekumpulan kira-kira 100 keluarga telah menceroboh tanahnya kira-kira tiga minggu lalu.

Kumpulan hak asasi petani berkata tanah itu diberikan semasa pemerintahan diktator Alfredo Stroessner selama 35 tahun.

Konflik ke atas tanah telah meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini sebahagiannya disebabkan oleh eksport pertanian kacang soya meningkat.

Lugo, bekas seorang biskop Roman Katolik yang menghabiskan masa bertahun-tahun berkhidmat di utara negara ini, menggantungkan agenda dan mengadakan satu mesyuarat kabinet untuk mengkaji keganasan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain