suria

Lady Gaga Sampaikan Salam Sayang Buat Peminat Indonesia

JAKARTA: Lady Gaga memberitahu peminatnya di sana bahawa hatinya "hancur" apabila konsert yang tiketnya habis dijual dibatalkan berikutan ancaman.

Kontroversi konsert itu merupakan satu tamparan kepada reputasi negara yang dikuasai oleh penduduk beragama Islam sebagai sebuah masyarakat yang toleran, pluralis yang menghormati kebebasan bersuara.

Sesetengah peminat menuduh polis yang enggan mengeluarkan permit atas sebab keprihatinan keselamatan, tunduk kepada kehendak kumpulan kecil samseng.

"Kami terpaksa membatalkan konsert di Indonesia," kata diva pop berusia 26 tahun melalui 'tweet' kepada pengikutnya malam Ahad selepas penganjur mengakui bimbang tentang keselamatan diri dan peminat jika konsert diteruskan.

"Saya amat memohon maaf kepada peminat dan mempunyai perasaan yang sama hancur seperti anda," tulisnya.

"Anda adalah segala-galanya kepada saya."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain