suria

Iran Enggan Hentikan Projek Nuklear

VIENNA: Iran menyatakan keengganan untuk menghentikan projek pengayaan uranium dan menutup tapak projek nuklear di Fordow.

Duta Iran ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Ali Asghar Soltanieh berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang sebab untuk menghentikan projek tersebut.

"Projek pengayaan uranium itu dikawal oleh IAEA dan ia disahkan selamat, mengapa perlu ditutup?" katanya.

Sebelum ini, Amerika Syarikat dan sekutunya mendesak Iran agar menghentikan projek pengayaan uranium di negara itu berhubung kebimbangan ia disalah guna untuk tujuan peperangan. REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain