Akhbar Britain Dakwa Robert Mugabe Kini Sedang Dirawat Di S'pura

LONDON: Akhbar The Sun UK pada Selasa melaporkan bahawa Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe kini sedang berjuang untuk hidup di sebuah hospital di Singapura.

Menurut akhbar tersebut, pemimpin yang berusia 88 tahun itu telah dibawa ke Singapura minggu lalu untuk rawatan lanjut setelah pengsan di rumahnya.

Penyakitnya itu bagaimanapun dirahsiakan.

Namun begitu, kenyataan rasmi oleh kerajaan Zimbabwe menyatakan, Mugabe berada di Singapura untuk menziarahi anak perempuannya yang dikatakan sedang belajar di salah sebuah universiti di republik berkenaan.

Jawatannya kini dipangku oleh Menteri Pertahanan, Emmerson Mnangagwa.

Kerajaan Zimbabwe telah membatalkan mesyuarat kabinet yang sepatutnya berlangsung semalam.

Artikel Sebelum

Thailand Tarik Balik Amaran Tsunami

Artikel Berikut

17 Terbunuh Dalam Serangan Di Yemen

Artikel Lain