AirAsia Adakan Pertandingan Menerusi Facebook

MELBOURNE: AirAsia kini mengadakan pertandingan pertama Australia dengan memberikan ganjaran penerbangan dari Sydney ke Malaysia untuk seorang pemenang dan 302 daripada rakan baik pemenang berkenaan.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu mengadakan pertandingan berkenaan menerusi Facebook, dengan memberikan pemenang peluang untuk memenuhi pesawat Airbus A330 dari Sydney ke Kuala Lumpur dengan rakan-rakan dari laman perangkaian sosial itu.

Hadiah dengan nilai hampir A$270,000, turut termasuk penginapan tiga malam di Accor Hotels.

Pemenang juga perlu memilih 11 rakannya untuk turut serta dalam penerbangan "Premium Flat Beds" itu.

AirAsia memulakan penerbangan dari Sydney ke KL minggu lepas.

Pemenang hadiah akan diundi pada 12 Jun dan mesti sedia untuk menyertai penerbangan antara 2 hingga 5 November.

"Kami percaya pertandingan untuk memenangi penerbangan ini meletakkan kami jauh daripada pertandingan yang pernah diadakan di Australia," kata ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani disebut sebagai berkata dalam akhbar Herald Sun.

Untuk turut serta, boleh layari facebook.com/AirAsiaAustralia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Thailand Tarik Balik Amaran Tsunami

Artikel Berikut

17 Terbunuh Dalam Serangan Di Yemen

Artikel Lain