suria

Thailand Perketat Keselamatan Selepas Letupan di Bangkok

BANGKOK: Kerajaan Thailand telah memperketatkan kawalan keselamatan khususnya di beberapa kedutaan dan juga kawasan tumpuan utama selepas kegagalan percubaan warga Iran untuk membunuh diplomat Israel dalam insiden letupan Selasa lalu.

Dua orang warga Iran telah pun dihadapkan di mahkamah pada Rabu di atas insiden tersebut tetapi Kerajaan Iran menafikan sebarang pengterlibatan mereka.

Jurucakap polis, Major Jeneral Piya Uthayo memberitahu agensi berita AFP, mereka telah memberi tumpuan ke atas beberapa buah kedutaan yang dianggap sensitif termasuk kawasan yang menjadi tumpuan pelancong asing seperti Phuket, Koh Samui dan Chiang Mai sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebelum itu Ketua Polis Thailand, Jeneral Phrewphan Damapong mengesahkan bahawa letupan bom itu disasarkan kepada diplomat Israel.

Bagaimanapun percubaan itu gagal apabila bom tersebut meletup ekoran kecuaian dan kekalutan para pengganas Iran itu sendiri.

Salah seorang pengebom itu kehilangan kedua-dua belah kakinya apabila dia cuba membaling bom ke arah anggota polis yang mengesyaki tindak tanduknya tetapi bom itu melantun semula ke arahnya dan meletup.

Suspek kedua berjaya ditahan ketika cuba meloloskan diri daripada negara itu.

Susopek ketiga pula cuba melarikan diri ke Malaysia tetapi telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Israel dengan segera menuduh komplot itu didalangi oleh kerajaan Iran kerana sebelum kejadian di Bangkok itu, serangan yang hampir sama juga dilakukan terhadap kakitangan kedutaan Israel di India dan Georgia pada Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain