suria

Volkswagen Kereta Paling Laris Di Dunia

DETROIT: Volkswagen (VW) berjaya dijual melebihi 8 juta unit kenderaan di seluruh dunia sepanjang 2011, cukup untuk menjadikannya sebagai peneraju nombor satu automotif global, demikian menurut Pengerusinya, Martin Winterkorn.

Kenderaan buatan Jerman itu berjaya menambah jualan sebanyak satu juta unit atau pertambahan 14 peratus sepanjang tahun lalu menjadikan jualan keseluruhannya mencecah 8.16 juta kenderaan di seluruh dunia.

Ini kata Winterkorn sudah memadai untuk VW mengatasi jualan Toyota, yang mencatat jualan tertinggi global selama tiga tahun berturut-turut.

Pengeluaran kenderaan jenama Toyota terjejas dengan teruknya apabila gempa bumi dan tsunami melanda negara itu pada 11 Mac tahun lalu sekaligus membantut pengeluaran di peringkat global.

Sebelum Toyota berjaya menduduki takhta teratas jualan kenderaan dunia pada tahun 2008, posisi tersebut disandang oleh General Motors (GM) selama 77 tahun.

Jualan jenama-jenama VW termasuklah Volkswagens, Audi, Seat, Skoda, Bentley, Bugatti dan Lamborghini.

Kumpulan VW sebelum ini meletakkan sasaran untuk menjadi pengeluar kereta nombor satu dunia dari segi jualan dan keuntungan menjelang 2018.

VW juga baru-baru ini di dalam proses untuk mengambil alih jenama Porsche.

Mereka juga memiliki kepentingan sebanyak 19.9 peratus dalam Suzuki.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain