suria

Obama Ke Gereja, Makan Malam Di Hawai Pada Krismas

HONOLULU: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menghabiskan Hari Krismas dengan sederhana bersama isteri dan anak-anak perempuan di Hawaii dengan berkunjung ke gereja dan mengucapkan terima kasih kepada tentera AS untuk khidmat mereka sebelum menjadi tuan rumah untuk majlis makan malam di tepi pantai bersama kawan-kawan dan keluarga.

Obama mula membuka hadiah sekitar 8 pagi Ahad dan kemudian bersarapan pagi serta menyanyikan bersama sebelum menuju ke gereja Marine Corps Base Hawaii untuk meraikan Krismas, menurut kenyataan di White House.

Jauh dari kediaman rasmi di Washington, dalam suasana cerah dan panas, Obama berpakaian kasual baju polo dan seluar khakis ke gereja manakala Michelle dan anak perempuan mereka, Sasha dan Malia memakai pakaian musim panas.

Selepas beberapa jam kembali di rumah sementara mereka yang bernilai berjuta-juta dolar, Presiden dan Michelle Obama keluar untuk berjabat tangan, memegang bayi dan bergambar dengan ratusan kelasi dan askar marin yang ditempatkan di sana.

"Pada sebelah malam, Keluarga Pertama dan rakan-rakan akan menyambut Krismas dengan majlis makan malam di rumah," kata seorang pegawai White House. Sam Kass, chef di White House, menghabiskan cuti dengan Obamas. - Reuters

Artikel Lain