suria

Hadiah Krismas Dari Kid Rock Dan Gereja

Kid Rock. Foto AP
Kid Rock. Foto AP
Kid Rock. Foto AP

DETROIT: Penyanyi sensasi, Kid Rock bersama-sama dengan kesatuan gereja di sini, memberikan beratus-ratus bakul hadiah dan kupon jualan runcit kepada keluarga yang memerlukannya.

Organisasi kebajikan yang diasaskan oleh penyanyi tersebut menyertai gereja Hartford Memorial Baptsit untuk mengedarkan 100 kupon jualan runcit dan 300 bakul hadiah pada Rabu.

Kid Rock atau nama sebenarnya Robert Ritchie menghabiskan masa kanak-kanaknya di sini.

Dia yang terkenal dengan pelbagai jenis musik - daripada hip-hop, country dan hard rock - bersama Yayasan Kid Rock pernah menerima anugerah atas kerja-kerja amal yang telah dilakukan. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain