suria

Gempa Bumi Kuat Gegar Christchurch

WELLINGTON: Satu gempa kuat melanda bandar Christchurch di New Zealand pada Jumaat yang menyebabkan gegaran sehingga mengejutkan penduduk yang sedang bercuti.

Tiada amaran tsunami yang dikeluarkan dan bandar itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan besar.

Polis Christchurch dalam satu kenyataan berkata, seorang cedera di pusat membeli-belah dan kini sedang dirawat di hospital.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan atau kerosakan besar di bandar yang sedang pulih daripada gempa bumi yang dahsyat pada Februari lalu sehingga mengorbankan seramai 182 orang dan memusnahkan banyak kawasan.

Gempa bumi tersebut berukuran 5.8 skala ritcher - 26 kilometer dari utara Christchurch pada kedalaman empat kilometer, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran ancaman tsunami. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain