suria

Jabatan Penerbangan Awam AS Arahkan Pemeriksaan Rapi Pesawat Boeing 737-300 Di Seluruh Dunia

WASHINGTON: Jabatan Penerbangan Awam Amerika Syarikat dijangka mengeluarkan amaran agar pemeriksaan rapi dilakukan ke atas 175 buah psawat Boeing 737-300 yang masih beroperasi di seluruh dunia selepas insiden bahagian atas pesawat yang sama milik Southwest Airlines terkopek Jumaat lalu.

Daripada 175 buah pesawat Boeing 737-300 yang masih beroperasi di seluruh dunia, 80 daripadanya beroperasi di Amerika Syarikat. Kebanyakkannya milik Southwest Airlines.

Arahan ini akan dikeluarkan selepas jabatan itu menemui rekahan pada tiga lagi badan pesawat jenis berkenaan.

Dalam insiden Jumaat lepas, bumbung pesawat yang membawa 123 penumpang itu telah terkopek ketika ia sedang dalam perjalanan dari Phoenix, Arizona ke Sacramento, California.

Bagaimanapun para juruterbang telah berjaya mengemudi pesawat itu untuk mendarat dengan selamat di Pangkalan Tentera Udara Arizona.

Bahagian bumbung yang terkopek itu adalah seluas lima kaki kali satu kali persegi.

Ekoran kejadian itu, syarikat penerbangan Southwest telah membekukan penerbangan kesemua 79 buah pesawat Boeing 737-300 miliknya menyebabkan beratus jadual penerbangan sama ada terpaksa ditunda atau disusun semula.

Siasatan awal mendapati, punca rekahan adalah disebabkan oleh apa yang dipanggil ketidakmampuan dinding pesawat menahan tekanan akibat terlalu lama.

Sementara itu Southwest menjelaskan bahawa 64 daripada pesawat jenis berkenaan yang diarahkan menjalani pemeriksaan semula telah disahkan selamat untuk melakukan penerbangan semula.

Artikel Lain