suria

Tidak Ramai Hakim Asia Dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa

NEW DELHI: Seorang hakim terkemuka Jepun berkata tidak ramai hakim dari negara Asia dan Timur Tengah yang berkhidmat di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mana perkara ini perlu ditangani.

Kuniko Ozaki, salah seorang hakim ICC berkata, hanya dua hakim Asia iaitu daripada Jepun dan Korea Selatan yang berkhidmat dalam ICC sekarang.

Seorang lagi hakim dari Asia ialah Song Sang-Hyun selaku presiden ICC sekarang.

"Saya mahu melihat lebih ramai rakan Asia saya di ICC agar menyeimbangi keanggotaan hakim ICC," kata Ozaki kepada Bernama.

ICC berpangkalan di The Hague yang berfungsi membicarakan pelaku jenayah berat antarabangsa seperti pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain