suria

Suasana Hari Pertama Persekolahan

Suasana Hari Pertama Persekolahan
1 / 7
Antara gelagat kanak-kanak yang memulakan hari pertama persekolahan. Gambar ini dirakamkan Zulazhar Sheblee di kelas tahun satu, Sekolah Kebangsaan Green Road, Kuching Sarawak pada 4 Januari 2016.
2 / 7
Murid-Murid Sekolah (J) Kebangsaan Cina, Tat Choi, Tanjung Rambutan, Perak menyanyikan lagu kebangsaan semasa perhimpunan hari pertama pembukaan sekolah di negeri itu pada 4 Januari 2016. FOTO: RONNIE CHIN
3 / 7
Murid-murid tahun satu terdiri pelbagai bangsa menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika tinjauan foto BERNAMA ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Kong Aik dekat Padang Besar, Perlis pada 4 Januari 2015. Bagi tahun satu sesi persekolahan 2016, sekolah ini menerima 21 orang murid baru terdiri tiga berbangsa Cina, sembilan Melayu dan sembilan lagi Siam. Selain itu, sekolah tersebut juga mempunyai murid India dan Iban. FOTO: BERNAMA
4 / 7
Gelagat murid darjah satu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kota Baru Kelantan iaitu adik M Aqashah Hadif, 7, pada hari pertama sesi persekolahan 2016 bermula Ahad bagi negeri-negeri Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu. FOTO: BERNAMA.
5 / 7
Anggota tentera Batalion 16, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) membantu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai, Kelantan menaiki bot berikutan jambatan yang menghubungkan Kampung Pemberian dengan Kampung Manjor musnah akibat arus deras kerana banjir pada 29 Disember 2015. FOTO: BERNAMA
6 / 7
Gelagat pasangan adik-beradik pelajar kelas pendidikan khas, Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya, Klang iaitu C James, 7, (tengah) bersama kakaknya C Jennyfer, 9, (kiri) sempat diusik rakannya Muhammad Irfan Haikal Abdullah, 8, pada hari pertama persekolahan mereka pada 4 Januari 2016. FOTO: BERNAMA
7 / 7
Sekolah

Artikel Sebelum

Fenomena El Nino

Artikel Berikut

Perkahwinan Nabila Huda

Artikel Lain