Para pemenang Gegar Vaganza. Dari kiri, Mamat (Exist), Ayai (Ilusi) dan Haleeda. Pentas akhir Gegar Vaganza telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Januari 2015. Ia disiarkan secara langsung di Astro Ria. 1 / 8 Rahmad Mega mendapat tempat keempat dalam Gegar Vaganza. Dia membawa pulang RM10,000. 2 / 8 Aksi bertenaga Ifa Raziah. Ifa diumumkan memenangi tempat kelima dan meraih wang tunai RM5,000. 3 / 8 Fazli Zainal (kiri) dan Mamat (kanan) mempersembahkan lagu rap mereka dalam Gegar Vaganza. Fazli mendapat tempat keenam dan membawa pulang wang tunai RM3,000. 4 / 8 Aksi Haleeda mendapat sorakan paling gemuruh. Halida Mendapat tempat kedua. Dia memperoleh RM30,000. 5 / 8 Mamat (Exist) turut memukau penonton. Mamat mendapat tempat ketiga yang melayakkannya memperoleh RM15,000 dan persembahan terbaik (undian SMS peminat). Menerusi persembahan terbaik dia mendapat RM5,000. 6 / 8 Hairul Azreen (kanan) turut membuat gimik melamar kekasihnya Hanis Zalikha dalam konsert akhir, Gegar Vaganza. 7 / 8 Ayai (Ilusi) yang bergelar juara Gegar Vaganza memperoleh RM100,000 dalam pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 4 Januari 2015. 8 / 8