suria

Dapur kaca boleh pecah, meletup jika silap langkah! Ambil tahu jenisnya sebelum beli, cara guna dan tip mencuci

Suhu yang terlalu panas untuk jangka masa lama boleh mengundang risiko dapur kaca pecah. -Gambar hiasan

DAPUR merupakan antara ruang paling penting dalam sesebuah kediaman, lebih-lebih lagi buat suri rumah yang meluangkan banyak masa menyediakan hidangan untuk keluarga. 

Maka tidak hairanlah jika ramai yang ingin memastikan dapur mereka bukan sahaja lengkap, malah tampak moden dan menarik.

Salah satu pilihan popular dalam reka bentuk dapur masa kini adalah penggunaan dapur kaca kerana rekaannya yang kemas dan elegan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini petua mesra poket hindari ulat sampah membiak dalam sisa buangan... Lega sangat, bau busuk pun hilang!

Namun begitu di sebalik kelebihan reka bentuknya, dapur kaca boleh mengundang bahaya jika tidak digunakan dengan betul atau dipasang tanpa mengikut spesifikasi keselamatan, contohnya kaca meletup secara tiba-tiba.

Reka bentuk moden menjadikan dapur kaca menjadi pilihan suri rumah. -Gambar hiasan

Oleh itu, penting untuk anda mengambil tahu tip penjagaan dapur kaca bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

1. Elak lap guna kain basah

- Mengelap permukaan dapur kaca dengan kain yang basah sejurus memasak sangat meningkatkan risiko kaca retak akibat perubahan suhu. Tunggu dapur sejuk terlebih dahulu sebelum lap.

2. Periuk atau kuali terlalu berat

- Menggunakan periuk atau kuali yang terlalu berat boleh memberi tekanan berlebihan pada permukaan kaca dapur, meningkatkan risiko kaca pecah atau retak. Gunakan peralatan memasak yang sesuai  untuk memastikan dapur tahan lama.

3. Tempoh memasak

- Memasak pada suhu tinggi untuk tempoh yang terlalu lama boleh menyebabkan kaca dapur mengalami tekanan haba berlebihan. Pastikan masa memasak dikawal dengan baik dan elakkan penggunaan suhu maksimum tanpa henti.

4. Pilihan material kaca berkualiti

- Memilih kaca dapur yang berkualiti tinggi dan tahan haba adalah penting untuk keselamatan dan ketahanan jangka panjang. Kaca berkualiti rendah lebih mudah retak atau pecah apabila terdedah kepada perubahan suhu atau tekanan fizikal semasa memasak.

Artikel Lain