BAJA organik sememangnya mengandungi pelbagai nutrien penting yang membantu proses tumbesaran pokok. Ada juga yang menjadi penggalak kepada penghasilan buah atau bunga yang banyak seterusnya memberi pulangan hasil memuaskan. Kebiasaannya baja organik yang berada di pasaran, diperbuat daripada tahi ayam. Apa kata anda hasilkan sendiri baja natural daripada bahan-bahan yang boleh diperoleh dari sekitar rumah atau terbuang seperti perkongsian Norman Naim di laman Facebook Berkebun Tepi Rumah Sendiri. Ini tiga jenis baja yang boleh dilakukan dengan mudah. 1. Baja daripada kangkung atau anak pokok pisang500 gram kangkung atau anak pokok pisang500 gram gula merah Balang kaca atau plastikKain Tali 2. Baja daripada pisang, kulit nanas atau betik500 gram pisang atau kulit nanas mahupun betik500 gram gula merahBalang kaca atau plastikKain Tali Baja organik lebih selamat digunakan.3. Baja daripada ikan atau isi perut ikan500 gram ikan atau isi perut ikan500 gram gula merah. Balang kaca atau plastik Kain Tali * Paling elok ikan laut berisi hitamCara-caranya:1. Potong semua bahan. Jika ikan potong dua atau tiga ketul. 2. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas mengikut bahan basah yang digunakan. 3. Tutup mulut balang dengan kain dan ikat kemas menggunakan tali. 4. Letak pada tempat redup dan jangan terkena matahari. 5. Peram selama satu hingga dua minggu bagi baja dari buah dan kangkung manakala satu bulan bagi ikan. Cara penggunaan: 1. Ambil 5 atau 10 ml bahan perapan tadi dan campurkan dengan satu liter air yang tidak ada klorin.2. Kemudian semburkan pada pokok dan tanah.3. Guna dua hingga tiga kali dalam satu minggu. Tip: Jika menggunakan penutupnya jangan tutup rapat, hanya sekadar meletaknya sahaja.Berat gula merah mestilah sama dengan bahan yang digunakan kerana kalau terlebih gula, proses pereputan akan jadi lambat.