TERDAPAT lebih ramai billionaire pada tahun 2024 berbanding mana-mana tempoh dalam sejarah dunia. Situasi ini menunjukkan golongan terkaya di dunia terus mengumpul harta mereka dalam jumlah yang tidak masuk akal. Menurut analisis Forbes, tahun lepas 20 individu terkaya di dunia menambah sebanyak AS$700 bilion (RM3.15 trilion) kepada jumlah kekayaan bersih mereka pada tahun 2023. Walaupun ada billionaire yang membina kejayaan mereka dari bawah, terdapat nama keluarga tertentu yang sering muncul dalam senarai individu terkaya di dunia dari generasi ke generasi. Walton, Ambani, Koch merupakan antara keluarga terkaya dunia yang tergolong dalam kelompok satu peratus teratas. Malah, kebanyakan keluarga ini menjadi semakin kaya pada tahun lalu, menurut analisis Bloomberg. Harta yang diwarisi secara turun temurun menyebabkan golongan keluarga kaya menambah kekayaan. -Gambar hiasan Berikut merupakan senarai 10 keluarga terkaya di dunia menurut Bloomberg yang diterbitkan menerusi Yahoo! Finance. 10. Thomson Perniagaan: Thomson Reuters (TRI) Kekayaan: Generasi ketiga Nilai bersih keluarga: AS$87.1 bilion (RM391.95 bilion) 9. Wertheimer Perniagaan: Chanel Kekayaan: Generasi ketiga Nilai bersih keluarga: AS$88 bilion (RM396 bilion) 8. Ambani Perniagaan: Reliance Industries Kekayaan: Generasi ketiga Nilai bersih keluarga: AS$99.6 bilion (RM448.77 billion) Perniagaan popular yang diusahakan oleh keluarga Mars. -Foto Costfoto/NurPhoto via Getty Images 7. Mars Perniagaan: Mars Inc. Kekayaan: Generasi kelima Nilai bersih keluarga: AS$133.8 bilion (RM602.88 billion) 6. Al Saud Perniagaan: Tidak berkenaan – al Sauds adalah keluarga diraja Arab Saudi. Kekayaan: Generasi ketiga Nilai bersih keluarga: AS$140 bilion (RM630.69 billion) Nilai bersih keluarga Al Saud mencecah RM630.69 billion. -Foto Dan Kitwood/Getty Images 5. Koch Perniagaan: Koch Inc. Kekayaan: Generasi ketiga Nilai bersih keluarga: AS$148.5 bilion (RM668.95 billion) 4. Hermès Perniagaan: Hermès Kekayaan: Generasi keenam Nilai bersih keluarga: AS$170.6 bilion (RM768.85 billion) Kekayaan keluarga Hermes dijana menerusi perniagaan fesyen mewah mereka. -Foto Jeremy Moeller/Getty Images 3. Al Thani Perniagaan: Tidak berkenaan – al Thani adalah keluarga pemerintah Qatar. Kekayaan: Generasi kelapan Nilai bersih keluarga: AS$172.9 bilion (RM779.01 billion) 2. Al Nahyan Perniagaan: Tidak berkenaan – al Nahyan adalah salah satu keluarga pemerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kekayaan: Generasi ketiga Nilai bersih keluarga: AS$323.9 bilion (RM1.459 trillion) Nilai bersih keluarga Waltons mencecah RM2 trilion. -Foto Beth Hall/Bloomberg via Getty Images 1. Waltons Perniagaan: Walmart (WMT) Kekayaan: Generasi ketiga Nilai bersih keluarga: AS$432.4 bilion (RM1.948 trillion)